MAKLUMAT BUKU
Tajuk: | Ainul Mardhiyah... You're The One |
Penulis: | Syamin Hazam |
Penerbit: | KB Publication |
ISBN: | 9789670707501 |
Muka Surat: | - m/s |
Kondisi : | Baru |
SINOPSIS
Ain = mata, penglihatan
ironinya mata itulah yang menjemput derita ke dalam hidup gadis bernama Ainul Mardhiyah
Ainul Mardhiyah,
Gadis yang hidupnya penuh dengan pancaroba dan dugaan.
Sepasang mata birunya itu sering menarik perhatian,
sehingga ada yang cemburu padanya.
Alangkah bagusnya sekiranya dia dapat menjerit,
memberitahu kepada seluruh dunia, bahawa mata itulah punca penderitaan dia dan ibunya.
Ikram,
Sudah lama dia memendam rasa,
menyimpan rahsia di hati.
Bukan sekali malahan sudah beberapa kali,
dikuatkan hati dan langkah diatur,
malahan ayatnya juga diatur sebaik mungkin,
namun setiap kali pandangannya bertaut,
segalanya punah.
"Kahwin je dengan aku," Ikram mendabik dadanya, tersenyum.
Ketiga-tiga mereka tertawa besar dengan luahan rasa Ikram.
Salman,
Datangnya tidak dipinta,
malahan setiap kali mereka bertembung,
mereka hanya memandang sekilas cuma,
bertemu sebagai orang asing.
kaca pejabatnya,
tempat dia mencuri pandang,
melihat kelibat gadis itu,
sesekali dirasakan gadis itu berbeza,
bukan setakat mata birunya,
tetapi personanya juga berbeza.
"Nah!" Dia menghulurkan beberapa keping not merah kepada Danial.
"Untuk luka kamu dan minta maaf atas kelakuan adik saya... walaupun... perempuan belakang kamu pun salah, memalukan adik saya." Dia memegang not merah itu lagi.
Ain menolak Danial ketepi, "Apa? saya malukan adik awak?" Jarinya menunjuk ke arah Fareez.
Hadirnya dia ke bandar besar Kuala Lumpur
untuk menghadiri temuduga,
Namun, tanpa dia sedar,
hidupnya bakal berubah.
Apakah yang dia temui di Bandar Kuala Lumpur yang menyebabkan hidupnya berubah sedikit demi sedikit?
Kegembiraan atau kesedihan?
Cinta atau benci?
Cebisan masa lampau atau janji palsu masa hadapan.