Selamat Datang ke kedai buku online Wonderbookland 📧 sales.wonderbookland@gmail.com 📞 +60 115 5000 750

Kejoraku Bersatu

MYR19.90 MYR10.00
*Please select product variation first
Quantity

1

  • Penghantaran pantas
  • Harga lebih murah
  • Pembayaran secara selamat

MAKLUMAT BUKU

Tajuk: Kejoraku Bersatu
Penulis: Azra Aryriesa
Penerbit: Alaf 21
ISBN: 9789675234897
Muka Surat: 656 m/s
Kondisi : Baru


SINOPSIS

Nina, seorang gadis bersikap kasar seperti lelaki dan mempunyai bengkel kenderaannya sendiri. Nina mencintai Datuk Rashdan, seorang ahli perniagaan yang berjaya dan jauh lebih tua dari ayahnya sendiri. 

Bagi Nina, cintanya terhadap Datuk Rashdan takkan mampu digugah oleh sesiapa pun. Tengku Anuar, seorang pemuda yang bekerja di luar negara merupakan anak kepada Tengku Adnan, sahabat baik kepada Datuk Nasir, ayah Nina. Pertemuan pertamanya dengan Nina telah menerbitkan rasa cintanya terhadap gadis itu. Dalam diam, Tengku Anuar menyimpan hasrat untuk mengahwini Nina. 

Kemalangan jalan raya yang berlaku pada Datuk Nasir dan Shahrul telah menyebabkan Nina terpaksa mengambil alih tugas ayah dan abangnya di syarikat keluarga mereka. Sekaligus merapatkan hubungannya dengan Tengku Anuar hingga menimbulkan harapan pada kedua-dua buah keluarga untuk menyatukan mereka. 

Datuk Rashdan kematian isteri dan anak perempuan tunggalnya suatu masa dulu menganggap Nina seperti anaknya sendiri dan ingin menjadikan Nina sebagai anak angkatnya. Masih kekalkah cinta Nina pada Datuk Rashdan?